November 30, 2009

Laksa Aidil Adha

Salam,

Sempena Aidil Adha kali ini saya buatkan Laksa Penang. Ida pun ada tolong saya masak. Tahun lepas saya sediakan Mee Rebus. Dan seperti tahun lepas juga, tahun ini Ayah datang beraya dengan saya di Sepang. Macam biasa, dia bekalkan Kuah Kacang Emak, Rendang Ayam Emak dan Rendang Daging Emak.

Kali ini special sikit... sebab dua tiga sahabat saya pun ada datang beraya. [hehehe... yang bestnya, SiDear pun ada!]

Malamnya pulak, Nurul datang dengan kawan lelaki dia. Diorang baru balik dari beraya di rumah kawan.

Tapi sayang, takde gambar. Tak mengapa, laksa banyak lebih, sahabat-sahabat tapau, Ayah bawak balik untuk Emak rasa dan komen [maklum la, itu yang pertama kali dibuat tanpa bantuan Emak]. Emak kata ok, cuma saya guna ikan kembung besar - kurang sedap sikit. [takpe, lain kali boleh improve]. Thanks Emak!

Tahun depan apa pula ye?