August 22, 2011

Homemade Pizza

Salam,
Siapa suka makan pizza?
Saya dan hubby sangat suka, in fact saya memang suka makan Italy. Jumaat lepas cuti, jadi saya rasa teringin sangat nak masak sesuatu yang lain dari biasa untuk berbuka. Belek-belek majalah resepi, jumpa pula resepi pizza. Hah, apa lagi, terus keluar ke pasaraya untuk beli barang.

Jenuh jugalah nak menyiapkannya, maklumlah, selalu makan kat restoran pizza je, kali ni buat sendiri. Tak sempat makan untuk berbuka, jadi dinner lah pula.

Membancuh, menguli, sediakan sos dan toppings... akhirnya setelah dibakar, rasa puas hati sebab dapat makan homemade pizza. Walaupun the crust sedikit keras, namun masih berpuas hati. Imran balik rumah malam tu, sempat la habiskan sebiji!


The dough


The sauce


The toppings


The pizza!


The verdict... :P

August 19, 2011

It's been a while...

Salam and hello,

Nampaknya dah lama tak update blog ni.

Dari Jamadil Ula sampai dah masuk minggu ke-3 Ramadhan 1432H. Nak kata sibuk sangat tu tak la, cuma tak berkesempatan masuk ke alam maya ni. Kebetulan pula ICT room kat institute ni dah terbakar, habis semua internet service tak berfungsi. Nampaknya memang kena pasang intrnet kat rumah la...

Good news to all, Imran and I will become Daddy and Mommy in this December! It was surprising since it's too early for a newly-wed like us. BUT, it's soo exciting having some kickings and rollings of the baby inside recently. Don't know is it boy or girl yet, but hopefully everything will go smoothly. Amen!

Currently I've been busy making some small business. Macam tahun lepas, saya jual serunding ayam dan daging. Cuma tahun ni tak ambil banyak. Harganya dah naik. Tapi, saya masih jual dengan harga yang sama dengan tahun lepas.

3 minggu lepas, ada Jumbo Sale kat Bernama. 2 weeks before that, Imran asked me whether I wanted to join the sale for my head and hair accessories. And I did. Tak banyak yang boleh disiapkan dalam 2 minggu, tambah pula dengan kerja-kerja updating nota untuk kelas semester ni. Walaubagaimanapun, usaha terbalas juga bila kebanyakannya telah dibeli oleh officemates Imran sehari sebelum jualan! Hanya tinggal 3 Satin Flower hairband untuk dijual untuk esoknya! Alhamdulillah, siap ada yang order untuk pairs of hairclips lagi. Syukur. And thanks to Imran for the support.

Lagi besemangat rasanya. So, lepas ni boleh la saya marketkan semua produk tu di online shop saya di HandMade.my.

Ada lagi seminggu lebih sahaja untuk umat Islam menyambut Hari Raya. Pasti ramai yang sudah membuat persiapan. Bagi kami, tahun ni mungkin simple aja. Mungkin baju baru pun takde. Mungkinlah. Maklumlah, banyak lagi keperluan yang perlu dicukupkan. Menjelang December nanti, lagi banyak dana yang diperlukan for the little one.

Tahun ini, Imran plan beraya di Penang. Lepas tu nanti baru balik Ipoh dan Pantai Remis. Huhu... apa rasanya beraya di tempat orang ye? First time raya di Sydney dulu tak la terasa sangat sebab masa tu Raya Haji. Dah biasa sangat beraya Haji di tempat orang. Mungkin akan rasa kekok, atau mungkin saya akan buat-buat tak kekok! Ha-ha!

Cukup setakat ini, kali ni. Saya sertakan beberapa pics of product yang telah dijual di Bernama 3 minggu lepas.

Dan untuk semua umat Islam, tidak terlewat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa! Hayatilah Ramadhan, hargailah pengorbanan para mujahid yang berjuang dalam peperangan yang banyak berlaku dalam bulan Ramadhan pada zaman Rasulullah sehingga mencapai kemenangan yang haq. Barulah boleh raya! Hehehe!


Large Rose Hairbands.

Pairs of Hairclips - Dahlia and Lacey Rose, ordered by Kurnia (Bernama)


Disebabkan terlupa nak beli plastic utk packaging, saya gunakan brown paperbag dan doilies untuk bungkusan.

And I think this Earth Friendly packaging is quite cool. This ones are for Kurnia (Bernama). Small Poppy Tudungclips as a giveaway!


Till then!