December 30, 2011

First Step

Salam and hello.




This is the first Aryaan's pair of handmade booties. Made of felt, I used the templete from here and this design is the simplest one. I hope I could make another with some other (or my own) designs.



I need to put something on this pair.




It is quite boring days of the confinement period if you spend it with nothing but wrapping your body with all that bengkung and barut, spend your time watching tv and surfing the internet (owh, minus the time you spend with your sweet little baby!). So, this is what I do - sewing.


And again, I hope I could sew more! Till then!


December 26, 2011

The Color Challenge, No. 2

Another wedding. Another colors. I love wedding... and colors!



December 23, 2011

The Story

Salam and hello peeps,


Dah lama sangat tak update blog ni. There's so many things to say here, banyak ceritanya, cuma tak berkesempatan saja. Anyway, as per last entry, I had delivered a baby boy on Saturday, December 3rd and we named him Aryaan Hafizh. Well, Aryaan was the name we called him since he was inside my tummy. I suggested to Imran to name him Aryaan Elijah Imran, but eventually we decided to name him with that simple name. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.


Even on the day I delivered. Pagi Sabtu tu saya dan Imran boleh bershopping lagi di Pureen Stock Clearance Sale di PJ bersama Papa and Mama Djibril. Pagi tu juga sebenarnya dah start sakit (sebenarnya saya pun tak tau itulah sakit sebab contraction!). Imran dah tanya samada nak ke klinik dulu atau ke PJ, dan saya decided untuk ke klinik selepas balik dari shopping. Sakitnya tak la kerap, selang 20minit je... And we were shopping there dalam crowd... really, ramai betul orang. Berhimpit-himpit!


Pulang dari shopping, kami singgah ke klinik ibu mengandung yang dekat je dengan rumah. Doktor kata takde apa-apa, it was just a show. Lain la kalau sakitnya regular, dalam 10 minit satu. Anyway, Khamis sebelum tu sebenarnya dah ke Hospital Serdang sebab ada sedikit bleeding. Doktor kat hospital tu check, katanya bukaan baru 1cm, takde apa-apa dan saya dibenarkan pulang. And when the doctor at the clinic gave us the same thing, so we think nothing to worry about. And Imran pulak sepatutnya ke Jakarta on Monday. Doc kata kalau Ahad tak sakit dah, Isnin nanti dia boleh ke Jakarta.


Well, I think the doctor saja je nak sedapkan hati. Agaknya dia memang dah tau yang masanya dah hampir. Takkan lah doktor klinik ibu mengandung boleh bagi verdict yang macam tu, bukannya saya orang pertama yang jadi pesakit dia. Hehe.


Lepas ke klinik, kami balik rumah (sempat singgah kedai beli aiskrim pulak tu!). Lepas maghrib malam tu kekerapan sakit menjadi setiap 5minit. I told Imran, and he suggested to go to the hospital. Tapi saya masih berdegil, kononnya nak ikut cakap doktor, tunggu esok (Ahad), kalau-kalau hilang sakitnya. Then, we went out for dinner. Tengah-tengah dinner tu sakitnya memang setiap 5 minit. Tapi masih boleh layan bola kat kedai makan. Ha-ha!


Then, Imran cadangkan untuk buat simulasi perjalanan ke hospital, nak tengok berapa minit masa perjalanan. Lepas makan, terus ke Hospital Serdang, kononnya kalau tengah malam nanti sakit sangat, boleh la tau berapa minit ke hospital. Tepat 15minit sampai di parking lot Hospital Serdang. Last-last saya kata alang-alang dah sampai masuk terus je la, saya dah tak tahan "sakit 5minit" tu. We didn't have to worry pasal semua barang memang dah ada dalam kereta, termasuk la buku pink.


Lepas daftar, saya masuk bilik rawatan, doktor check, katanya bukaan dah 6cm! Oh God! Saya tak tau nak kata apa. Doktor pecahkan air ketuban then terus bawa saya masuk ke labour room. Tukar baju, hubby kat luar pun dah diberitahu, tak lama lepas tu doktor check lagi sekali bukaan. Saya terdengar dia kata dah 7cm tapi dia masih consider it 6cm. Nurse beritahu saya dalam pukul 4am nanti saya bersalin. Masa tu dalam jam 11.20pm. Saya fikir dalam 4jam ni jenuh la saya menahan sakit, tambah-tambah air ketuban dah dipecahkan. Huhu...


Memang sakit. Hubby masuk untuk jumpa sekejap pun masih tak dapat tenangkan saya. Takut pun ada sebab tak tau macamana rasanya bersalin nanti. Ok ke tak ke... Saya tanggal semua barang kemas dan serahkan pada hubby dan sempat lagi dia ambil gambar sebelum saya bersalin sebelum dia keluar tinggalkan saya seorang dalam labour room tu. Sejuk lak tu. Nak tunggu sampai jam 4am, seksanya!


Tapi Allah mudahkan urusan kami. Dalam tak sampai setengah jam, saya rasa sakit yang amat dan mula nak meneran. Nurse yang ada dalam bilik tu suruh saya tunggu, then dia panggil doktor dan hubby. Tengah nak meneran tu saya sempat kena marah dengan nurse sebab dia nak ajar cara meneran yang betul tapi saya macam tak boleh nak tahan lagi, teran dengan cara yang salah. (Mana la sempat pergi antenatal class). Hubby dok tenangkan saya, sambil saya dengar penerangan nurse, sambil tahan sakit. Huhu!


Akhirnya, jam 11.57pm, saya selamat melahirkan baby boy. Alhamdulillah, saya tak perlu masa yang lama untuk menunggu waktu bersalin. Hubby keluar, baby dibawa untuk dicuci, saya pulak dijahit. Pedih, tapi happy sebab semuanya selamat.Dan saya pun dah mula breastfeed baby. Maka bermulalah kehidupan saya dan hubby sebagai parent. Hubby dah inform semua ahli keluarga. Parents saya terus ambil tiket keretapi jam 2am dari Ipoh. Setelah semuanya selesai, saya dan baby dibawa ke wad.


Malam tu hubby tak dibenarkan jaga saya di wad, nasib baik kakak saya yang kononny nak datang melawat, terpaksa jaga saya malam tu. Dia pun kena tidur dalam wad. (Thanks to her!). Hubby kena balik basuh baju baby, sebab baju-baju yang dibeli tak dibasuh lagi. Pagi tu dia kena ke KL Sentral ambil my parents. Then dalam jam 12tgh, waktu melawat, baru la semua sampai di hopital. Petang tu in-laws sampai dan ada beberapa sahabat yang datang melawat termasuk la Papa dan Mama Djibril.


That's the story. Sekarang ni berpantang di Ipoh dan sibuk uruskan baby termasuk lah setelah dia kena kuning, hopefully semakin kurang. Selasa depan jumpa doktor untuk tahu keputusan darah dan air kencing baby yang diambil last Monday.


Thanks to Allah for the gift. Semoga semuanya lancar dan semoga kami dikurniakan kesihatan yang baik. Thanks to hubby for everything and thanks to everyone yang banyak membantu terutamanya my Mak and Ayah. Semoga kami dapat menjalankan tanggungjawab kami sebagai parents, dan semoga Aryaan Hafizh dapat membesar dengan baik dan mendapat didikan yang sempurna. Amin.


p/s: Today is Friday, December 23rd, 2011. This supposed to be the due date of the birth of the baby. :)

December 13, 2011

It's a Boy!!

Announcement!



May Allah bless him. Well, I'm a mommy now. And, "Daddy" and "Bunda" are what he's going to call us... Hihi!