June 24, 2012

Market 01

Salam and hello, people!
miss.leli.lott will be on the street! Meet us at Wisma BERNAMA this Tuesday. Together with us is Cik Maziah with her crochets! See you there!


June 22, 2012

di kesempatan ini...

To all ayah, daddy, abah, papa, babah, abi, walid, fathers all around the world... Thanks for being a perfect one!



I guess it's not that late. (:



In Our Hearts 4

Wira Kecil Aryaan Hafizh

by Maznah Ibrahim (posted on Saturday, June 16, 2012 at 12:56am)

sedetik bersama
takkan ku lupa
ia seindah wajah dan senyuman
takkan mati ditelan zaman

pemurahnya Allah menganugerahkan dia
rahimnya Allah memudahkan dia
si kecil yang hebat kekal terpahat
dialah Champion!! di jiwa ayah dan bunda yg Hebat

cekal melihat dari mata hati
pasti ada hikmah tersembunyi
iman diuji semampunya mereka
meningkatkan lagi taraf di sisiNya....

Al Fatihah....

:Ibu dan Ayah yg dipinjamkan si kecil Muhammad Al Fateh

16 Jun 2012, 0053




Thanks Sahabat.



June 21, 2012

In Our Hearts 3

Spending 6 wonderful months in one day with Aryaan Hafizh.
Penang, June 3, 2012.









In Our Hearts 2

Salam,
 
Terima kasih buat semua ahli keluarga, sahabat handai dan kawan-kawan, tak kira jauh atau dekat, seluruh dunia. Memberi sokongan moral dan semangat serta doa. Perginya Aryaan Hafizh bukan satu kehilangan, malah satu kemenangan.

Dialah, hero kami, our champion!

Kembalinya dia ke pangkuan Tuhan, asal dia dijadikan. Pergi meninggalkan pelajaran, kepada semua.

Alhamdulillah, syukur kami atas nikmat-Mu.
Kau kurniakan kami kegembiraan dengan hadirnya Aryaan Hafizh, malah kau berikan kami kekuatan dalam diri setelah dia Kau ambil kembali. Ujian paling besar buat kami.

Sedih, rindu, sayang.
Namun, hidup kami hanya pinjaman. Sunnatullah satu ketetapan.

Hanya Kau Maha Mengetahui yang di hadapan kami. Semoga kami lebih kuat dan tabah.

[pause]

Aryaan Hafizh, semoga kamu aman di sana... Bunda dan Daddy sayang kamu. You're always in our hearts.

[pause]

{{bagai dalam mimpi}}
 
 



June 20, 2012

In Our Hearts 1

Salam and Hello,
{{No words can say at this moment}} It's been a week...

Quoted:
"Salam,

Terima kasih atas semua ucapan takziah dan kata-kata semangat daripada sahabat-sahabat sekalian.

Ada yang datang dari jauh dan dekat, ada yang menelefon, ada yang sms, whatsapp, fb dan lain-lain. Itu semua menguatkan lagi semangat kami.

Kami menerima dengan redha pemergian putera sulung kami, Aryaan Hafizh yang hanya sempat bersama selama 6 bulan 10 hari.

Jenazah akan dibedah siasat esok pagi, selesai segala urusan yang perlu, kami akan terus ke gombak untuk menyempurnakan pengebumian beliau.

Dia datang dengan tiba-tiba, cepat, mudah dan perginya juga mudah.

Allah menyayanginya lebih daripada kami, dan Allah menyayangi kami lalu diberikan cabaran ini.

Jika berkesempatan, saya akan update di sini dari semasa ke semasa.

Al-fatihah buat Aryaan, the champion!

Daddy and Bunda misses you already.

Imran"   June 14 at 1:38am
 


"Salam,

Post mortem Aryaan jam 8.30am, Hosp Serdang.

Kami akan usahakan berada di sana jam 8.00am.

Semoga Allah mudahkan segalanya.

Imran"   June 14 at 6:58am


"Salam,

Aryaan disahkan meninggal dunia akibat Sudden Infant Death Syndrome.

Kami sedang dalam perjalanan ke Gombak. Akan ke rumah sebentar dan terus ke masjid menguruskan Aryaan.

Solat jenazah di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood.

Pengebumian sama ada di Tanah Perkuburan Taman Selaseh Fasa 2.

... Kami akan selesaikan hari ini juga. Bergantung kepada perbincangan dengan pihak masjid, plan pengebumian selepas solat Asar.
Semoga Allah memudahkan perjalanan terakhir Aryaan ini.

Imran"   June 14 at 1:01pm





"Salam,

Alhamdulillah, Aryaan Hafizh sudah selamat bersemadi dengan tenang petang tadi (semalam, Khamis 14 Jun), sebelum waktu Asar.

Doa kami dimakbulkan, setiap langkah yang diambil dimudahkan dan dilancarkanNya.

Paling tabah dalam situasi ini adalah bunda Aryaan. Tetap tenang, redha dan sabar. Two thumbs up.

Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kami. Tak mungkin kami akan mam...pu mampu untuk membalas setiap sms, komen di FB, email dan lain-lain, kami amat menghargai segala yang anda lakukan.

Saya dan isteri selalu saling berpesan, untuk melakukan yang terbaik untuk Aryaan, kami sering menggunakan terma 'selagi ada masa' untuk meningkatkan semangat dan penuhi keperluan Aryaan kerana kami risau bila kami sudah tidak mampu nanti, kami akan menyesal kerana tidak menggunakan peluang yang sedia ada pada kami.

Ternyata ia benar. Masa yang ada untuk bersama beliau cumalah 6 bulan 10 hari. Memang pendek tetapi inilah jangkamasa yang paling indah bagi kami.

Kami telah laksanakan tanggungjawab kami sebaiknya mungkin. Tiada rasa kecewa. 'No regrets'.

Yang pergi, sudah diuruskan, yang di sini, teruskan kehidupan.

Sekali lagi, terima kasih semua.

Imran

~Teringat-ingat lagu Perancis kegemarannya, walau daddy tak pernah berjaya menyanyikan dengan betul, dia akan senyum lebar tiap kali mendengarnya. Ada masa, ketawa terkekek-kekek~"   June 15 at 6:43am


Linked: Malaysiakini
            Metro
            Bernama






Al-Fatihah.