Salam and Hello,
{{No words can say at this moment}} It's been a week...
Quoted:
"Salam,
Terima kasih atas semua ucapan takziah dan kata-kata semangat daripada sahabat-sahabat sekalian.
Ada yang datang dari jauh dan dekat, ada yang menelefon, ada yang sms,
whatsapp, fb dan lain-lain. Itu semua menguatkan lagi semangat kami.
Kami menerima dengan redha pemergian putera sulung kami, Aryaan Hafizh yang hanya sempat bersama selama 6 bulan 10 hari.
Jenazah akan dibedah siasat esok pagi, selesai segala urusan yang perlu, kami akan terus ke gombak untuk menyempurnakan pengebumian beliau.
Dia datang dengan tiba-tiba, cepat, mudah dan perginya juga mudah.
Allah menyayanginya lebih daripada kami, dan Allah menyayangi kami lalu diberikan cabaran ini.
Jika berkesempatan, saya akan update di sini dari semasa ke semasa.
Al-fatihah buat Aryaan, the champion!
Daddy and Bunda misses you already.
Imran" June 14 at 1:38am
"Salam,
Post mortem Aryaan jam 8.30am, Hosp Serdang.
Kami akan usahakan berada di sana jam 8.00am.
Semoga Allah mudahkan segalanya.
Imran" June 14 at 6:58am
"Salam,
Aryaan disahkan meninggal dunia akibat Sudden Infant Death Syndrome.
Kami sedang dalam perjalanan ke Gombak. Akan ke rumah sebentar dan terus ke masjid menguruskan Aryaan.
Solat jenazah di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood.
Pengebumian sama ada di Tanah Perkuburan Taman Selaseh Fasa 2.
... Kami akan selesaikan hari ini juga. Bergantung kepada perbincangan dengan pihak masjid, plan pengebumian selepas solat Asar.
Semoga Allah memudahkan perjalanan terakhir Aryaan ini.
Imran" June 14 at 1:01pm
"Salam,
Alhamdulillah, Aryaan Hafizh sudah selamat bersemadi dengan tenang petang tadi (semalam, Khamis 14 Jun), sebelum waktu Asar.
Doa kami dimakbulkan, setiap langkah yang diambil dimudahkan dan dilancarkanNya.
Paling tabah dalam situasi ini adalah bunda Aryaan. Tetap tenang, redha dan sabar. Two thumbs up.
Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kami. Tak mungkin kami akan mam...pu mampu untuk membalas setiap sms, komen di FB, email dan lain-lain, kami amat menghargai segala yang anda lakukan.
Saya dan isteri selalu saling berpesan, untuk melakukan yang terbaik
untuk Aryaan, kami sering menggunakan terma 'selagi ada masa' untuk
meningkatkan semangat dan penuhi keperluan Aryaan kerana kami risau bila
kami sudah tidak mampu nanti, kami akan menyesal kerana tidak
menggunakan peluang yang sedia ada pada kami.
Ternyata ia
benar. Masa yang ada untuk bersama beliau cumalah 6 bulan 10 hari.
Memang pendek tetapi inilah jangkamasa yang paling indah bagi kami.
Kami telah laksanakan tanggungjawab kami sebaiknya mungkin. Tiada rasa kecewa. 'No regrets'.
Yang pergi, sudah diuruskan, yang di sini, teruskan kehidupan.
Sekali lagi, terima kasih semua.
Imran
~Teringat-ingat lagu Perancis kegemarannya, walau daddy tak pernah
berjaya menyanyikan dengan betul, dia akan senyum lebar tiap kali
mendengarnya. Ada masa, ketawa terkekek-kekek~" June 15 at 6:43am
Linked: Malaysiakini
Metro
Bernama
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment